PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya perlu berhati-hati dengan taktikal baharu yang akan dimainkan pasukan Oman ketika berhadapan pasukan itu pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 /Sukan Asia 2027, pada 21 dan 26 Mac.
Pemain tengah Harimau Malaya Brendan Gan sedar bahawa pasukan ke-80 dunia itu, kini dilatih oleh bekas jurulatih pasukan kebangsaan Republik Czech Jaroslav Silhavy, yang menjadikan pasukan itu tentunya akan bermain dengan taktikal dan gaya permainan baharu.
Brendan berkata Malaysia yang berkedudukan ke-132 dunia itu perlu berhati-hati dalam menghadapi takikal baharu pasukan Oman, yang mungkin jauh berbeza berbanding sebelum ini, pada dua perlawanan penting yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada 21 Mac dan Stadium Nasional Bukit Jalil, lima hari kemudian.
"Beliau tentunya akan membawakan taktikal baharu dan mengubah apa juga sistem yang mereka ada sebelum ini, itu akan menjadi perkara paling sukar untuk kami mengetahui bagaimana cara mereka akan bermain. Bagaimanapun kita akan bertindak balas atas apa juga mereka akan lakukan dan tumpukan kepada apa yang kami boleh lakukan dan apa yang boleh diperbaiki.
"Kami juga perlu lihat semula dan kenal pasti apa kesilapan yang telah dilakukan di Piala Asia.
"Bagaimanapun, saya fikir rakan-rakan saya bersedia untuk tunjukkan apa yang boleh kami lakukan kerana kedudukan kami yang lebih baik dan kami tidak mahu mensia-siakan kedudukan kami sekarang," katanya kepada media selepas sesi latihan di Wisma FAM di sini hari ini.
Silhavy, 62, yang melatih Republik Czech dari 2018-2023 dan membawa Slavia Prague memenangi gelaran musim 2016-2017, menggantikan jurulatih dari Crotia Branko Ivankovic yang dibuang Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) selepas prestasi buruk di Piala Asia 2023.
Sementara itu Brendan yang meninggalkan Selangor FC bulan lepas berkata beliau cuba untuk berada dalam keadaan terbaik dengan berlatih setiap hari, walaupun beliau kini tidak bersama mana-mana kelab.
"Untuk saya, di luar musim bukanlah untuk hanya duduk diam, tidak melakukan apa-apa dan menonton televisyen. Saya akan cuba untuk terus cergas, bersenam setiap hari, manakala sebahagian daripada rakan sepasukan juga telah pun memulakan latihan bersama pasukan mereka.
"Saya rasa ia cuma masa perlawanan, kami akan perlu perlawanan kecergasan dan berintensiti, kami akan sampai ke situ. Pasukan kejurulatihan tahu perkara itu dan telah lakukan yang terbaik sebelum ini dalam menjadikan pasukan kami bersedia untuk berhadapan pasukan berkualiti tinggi," katanya.
Apabila ditanya mengenai pasukan baharu, beliau berkata dia belum membuat sebarang keputusan.
Malaysia kini berada dalam haluan yang betul untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia buat pertama kali, dengan mendahului Kumpulan D dengan kelebihan tiga mata ke atas Oman selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 tahun lepas, diikuti Oman dan Kyrgyzstan (masing-masing 3 mata), manakala Taiwan tanpa sebarang mata.
Sebelum berhadapan Oman, Harimau Malaya akan bertemu Nepal yang berkedudukan ke-175 dunia pada 15 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 tertutup, di Wisma FAM sebagai aksi pemanas badan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Brendan Gan sedar bahawa pasukan itu tentunya akan bermain dengan taktikal dan gaya permainan baharu. - Gambar fail/Stadium Astro
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Laine sedia rebut tempat berdepan Oman
Nooa Laine bertekad untuk menawan hati Pan Gon sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia menentang Oman.
Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan
Skuad Harimau Malaya perlu berhati-hati dengan taktikal baharu yang akan dimainkan pasukan Oman ketika berhadapan pasukan itu pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM harap Muhammad Nazmi kekal prestasi tinggi
FAM menaruh harapan agar Muhammad Nazmi Nasaruddin terus menampilkan prestasi tinggi ketika mengadili perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.
Final Piala Dunia 2026 di New York
New York mengenepikan bidaan daripada Dallas untuk memastikan perlawanan final diadakan di bandar raya itu.
Messi mungkin beraksi di Piala Dunia 2026
Messi tidak menolak kemungkinan untuk membantu Argentina menjulang Piala Dunia pada 2026 walaupun mengakui mungkin masa tidak mengizinkannya.
Messi tetap dapat tempat dalam skuad Argentina
Kelab Messi, Inter Miami, tersingkir sebelum playoff MLS dan dia tidak beraksi selama hampir sebulan pada pertengahan musim.
FIFA umum senarai stadium untuk perlawanan Piala Dunia 2026
Bilangan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 dijangka meningkat daripada 32 pasukan kepada 48.
Messi belum pasti beraksi Piala Dunia 2026
"Saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke sana. Saya belum memikirkannya lagi kerana ia masih jauh."
FIFA sahkan Piala Dunia 2026 kekal format empat pasukan sekumpulan
Sebelum ini, terdapat cadangan untuk format peringkat awal diubah membabitkan 16 kumpulan yang mengandungi tiga pasukan.
Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan
Pengendali berusia 58 tahun itu setuju dengan perjanjian tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.